fbpx

Tawaran kerjasama dengan Pas hanya cerita dongeng Abdul Hadi – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika sidang akhbarnya selepas lawatan kerja ke Pekan Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai tawaran kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dianggap satu cerita dongeng dan rekaan daripada pemimpin tersebut.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan, jemaah kabinet tidak pernah membincangkan perkara tersebut sebelum ini.

Malah, katanya tiada seorang pun daripada pemimpin ‘senior’ kerajaan yang pernah menawarkan atau menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pun nafi (dakwaan hadi).

“Maka, saya pun tidak tahu Haji Hadi reka cerita dongeng dari mana. Itu sahaja jawapan saya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas
dakwaan beberapa pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi bahawa ada wakil daripada kerajaan menawarkan kepada parti itu untuk berkerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak ketika mengulas dakwaan dan khabar angin berkaitan pentadbiran kerajaan negeri akan bertukar Julai ini pula memaklumkan tiada berlakunya perkara sedemikian.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak, lima tahun lagi iaitu pada tahun 2027. Namun PRN Selangor, dua bulan lagi. Itu saya tahu dan itu memang sudah sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI