fbpx

Mahkamah: Representasi kedua Rizal Crackhouse ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizal ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya.

Peguam M. Pravin yang mewakili Mohamad Rizal berkata, pihaknya baru menerima surat daripada AGC yang memaklumkan representasi kedua itu ditolak.

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada esok dan lusa ditangguhkan kerana Rizal mungkin memfailkan satu lagi representasi untuk menggugurkan pertuduhan.

“Kami memerlukan masa untuk mendapat arahan daripada anak guam,” ujar Pravin pada prosiding tersebut. Hari ini ditetapkan untuk perkembangan keputusan representasi kedua Mohamad Rizal.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman mengesahkan status representasi kedua tersebut dan baru dimaklumkan mengenai representasi ketiga yang mungkin akan difailkan oleh pembelaan.

Noor Haslinda turut memberitahu, pendakwaan sedia mengendalikan perbicaraan yang dijadualkan hari ini dan dua saksi telah disapina untuk hadir memberi keterangan.

Hakim N. Priscilla Hemamalini kemudian melapangkan perbicaraan hari ini dan esok serta menetapkan perkembangan keputusan representasi ketiga pada 13 Jun ini.

Pada 6 April lalu, mahkamah menetapkan esok dan lusa bagi mendengar perbicaraan kes jika representasi itu ditolak oleh AGC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI