fbpx

Uorfi Javed dipukul, lari dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OURFI JAVED

TERKENAL dengan gaya pakaian ‘berani mati’ yang mendedahkan tubuhnya, Uorfi Javed mengakui pernah lari dari rumah gara-gara dipukul bapanya.

Menurut aktes berusia 25 tahun yang berasal dari Uttar Pradesh itu, sejak kecil dia suka bergambar dan berkongsi foto seksi dalam laman sosial.

Namun, sekitar usianya 17 tahun, heboh di perkampungannya mengenai khabar angin , konon-kononnya dia terbabit dalam filem lucah. Berita tersebut sampai ke pengetahuan bapanya.

Keadaan tersebut berpunca daripada gambar seksinya yang dicuri pihak tidak bertanggungjawab dan kemudian dimasukkan ke laman lucah tanpa pengetahuannya.

Susulan dianggap memalukan keluarga, Uorfi dipukul teruk oleh bapanya.

Katanya, dia mengambil masa dua tahun untuk meninggalkan desa yang dianggap sarat toksik itu dengan lari ke bandar bersama seorang saudara perempuannya.

Sambil belajar, Uorfi mengambil upah mengajar kelas tambahan untuk kanak-kanak sehingga mampu meneruskan pengajian di kolej mengambil jurusan komunikasi.

Menurut wanita yang melangkah ke industri hiburan di Mumbai, India pada 2021 itu, kesakitan lampau semakin pulih walaupun pernah menyimpan dendam terhadap si penyebar fitnah.

Katanya, imej seksi dan berani yang ditonjolkan selama ini ternyata membawa tuah apabila berjaya membawanya ke dunia perfileman Bollywood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI