fbpx

Siti Zaitun dinobat Guru KAFA Cemerlang, 14 tahun didik anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ZAITUN menunjukkan sijil dan replika cek yang diterimanya pada Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan 2023 di MITC Ayer Keroh, Melaka. - Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kesabaran dan kecekalan seorang guru mengajar murid orang kelainan upaya (OKU) membaca al-Quran dan mendalami ilmu pendidikan Islam menggunakan Braille berbalas apabila diiktiraf sebagai Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Cemerlang Kebangsaan.

Menurut guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Pokok Sena, Kedah itu, Siti Zaitun Khazali, 51, dia tidak menyangka akan menerima anugerah tertinggi berkenaan kerana kehadirannya ke Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan 2023 adalah sebagai peserta program.

“Sebenarnya saya sendiri terkejut kerana tiada sesiapa pun yang memberitahu perkara sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada menghubungi saya tetapi untuk mengesahkan kehadiran pada program tersebut.

“Apabila saya baca tentatif program, baru saya tahu akan menerima Anugerah Guru KAFA Cemerlang, namun saya ingat ia anugerah di peringkat negeri sahaja.

“Inilah pencapaian terbesar saya sepanjang berkhidmat selama 16 tahun dan saya akan jadikan kejayaan ini sebagai kenangan terindah dan akan berkongsi rezeki ini bersama anak-anak dan rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen KAFA di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Siti Zaitun memberitahu, dia telah berkhidmat bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) Braille sepenuhnya selama 14 tahun.

Ujarnya, mengajar pelajar istimewa mempunyai cabarannya tersendiri dan ia menuntut banyak kesabaran ketika menyantuni golongan berkenaan.

“Tidak semua pelajar saya mempunyai masalah penglihatan kerana ada juga yang menghidap autisme dan lain-lain kategori. Kita kena pandai menggunakan pendekatan psikologi terhadap anak-anak ini.

“Kaedah pengajaran, pembelajaran dan aktiviti dijalankan sepenuhnya dalam Braille dan Alhamdulillah, sepanjang saya mengajar ada pelajar yang mendapat keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI