fbpx

Polis kenal pasti enam remaja terbabit kes gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di tepi padang di Taman Mubibbah dekat Sungai Siput yang tular di media sosial.

SUNGAI SIPUT – Polis telah mengenal pasti enam remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan di tepi padang Taman Muhibbah di sini yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, satu laporan polis diterima berkaitan pergaduhan itu yang dibuat mangsa berusia 16 tahun pada pukul 6.25 petang di Balai Polis Sungai Siput.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada melakukan gaduh gempar.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun di mana lima daripada mereka masih bersekolah.

“Motif pergaduhan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang dikatakan membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khaizam, pihaknya akan memanggil kesemua remaja terbabit dan saksi lain untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki bertekak dengan ada daripada mereka menumbuk dan menendang mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI