fbpx

Pembantu kedai putuskan pertunangan ditikam lapan kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengangkat mayat wanita yang maut dipercayai dibunuh bekas tunang di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Saman. - Foto ihsan polis

KOTA KINABALU – Kejadian seorang wanita ditikam sehingga maut oleh bekas tunangnya di sebuah premis pusat beli-belah di Jalan Haji Saman semalam adalah bermotifkan cemburu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, hasil siasatan pihaknya juga mendapati suspek berusia 33 tahun berkenaan turut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

“Suspek kemudiannya dikatakan datang ke tempat kerja mangsa untuk memujuk wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi.

“Situasi itu menyebabkan suspek berang dan bertindak menikam mangsa sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga mengakibatkan kematian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, seorang pembantu kedai wanita maut dipercayai dibunuh bekas tunang dalam kejadian di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Seman semalam.

Mangsa berumur 22 tahun berkenaan ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tubuh dan terlentang di atas lantai premis dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu.

Bagaimanapun, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI