fbpx

Pelepasan nyamuk Wolbachia dibuat di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyamuk Wolbachia yang disimpan di dalam kotak. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

JASIN – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meluaskan pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia ke seluruh negara dalam menangani peningkatan kes denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, program perintis itu telah terbukti berkesan menerusi kejayaan yang direkodkan di 27 lokaliti sasaran.

Menurutnya, beberapa lokaliti terutama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor menunjukkan tiada kes demam denggi dilaporkan selepas pelepasan dilakukan.

“Nyamuk ini adalah satu inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi dan ini terbukti apabila tiada kes denggi direkodkan di 27 lokaliti berulang semula.

“Ini kerana bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes akan merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya.

LUKANISMAN (tiga kanan) menunjukkan nyamuk Wolbachia yang disimpan didalam kotak sebelum melepaskannya di kawasan perumahan di Taman Bemban Jaya, Jasin, Melaka. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pelepasan Nyamuk Berbakteria Wolbachia Fasa Dua di Taman Bemban Jaya di sini, hari ini.

Tambah Lukanisman, keadah itu juga telah disahkan selamat terhadap manusia dan alam sekitar oleh KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, di Melaka sebanyak 300,000 ekor nyamuk telah dilepaskan sejak Mac 2022 di Taman Bemban Jaya yang dipilih sebagai lokasi pertama pelepasan.

“Sehingga kini iaitu bagi minggu epid ke-21 tiada kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti ini.

“Ini menunjukkan hasil yang sangat positif dan kepadatan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia juga telah mencapai 80 peratus frekuensi seperti disasarkan KKM,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI