fbpx

2 lagi ditahan kes pelajar gaduh di Kempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan dua lagi suspek dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada pukul pada pukul 1.15 petang, hari ini, di sekitar kawasan Johor Bahru.

Beliau berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah individu yang telah ditahan berhubung kejadian gaduh tersebut meningkat kepada 14 orang setakat ini.

“Setakat ini, pihak polis telah menahan seramai 13 lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.

“Permohonan reman dua lagi individu yang ditahan akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, tular sebuah video berdurasi 28 saat yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu itu di media sosial.

Insiden pergaduhan tersebut dipercayai tersebut susulan pergaduhan yang membabitkan pelajar sekolah menengah di hadapan sebuah sekolah di Kempas, di sini Rabu lalu.

Akhbar melaporkan beberapa pelajar sekolah menengah mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam pergaduhan dipercayai berpunca akibat tidak puas hati dibaling pemadam pensel. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI