fbpx

Tiada kes, video ragut hanya lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang menunjukkan kejadian ragut dalam sebuah premis kedai emas di Inanam, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Polis bandar raya ini memaklumkan video kes ragut tular membabitkan sebuah kedai emas di Inanam sejak semalam hanya rekaan semata-mata.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sudah melakukan risikan termasuklah menghubungi pengurus premis terbabit bagi mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu.

“Pihak pengurusan premis mengesahkan kejadian itu hanyalah rekaan semata-mata sebagai inisiatif memberi kesedaran kepada orang awam.

“Mereka menjelaskan lakonan berkenaan mahu mendidik masyarakat agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan menjadi mangsa ragut,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom menyatakan pihaknya sudah meminta pengurus premis membuat laporan polis untuk memberi penjelasan bagi mengelak kegusaran dan ketakutan dalam kalangan orang ramai khususnya di daerah ini.

“Ini kerana polis IPD Kota Kinabalu sentiasa memastikan tahap keselamatan adalah terkawal dan di tahap yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi tiga minit 32 saat menunjukkan seorang pelanggan wanita didatangi oleh seorang lelaki ketika berada dalam kedai emas.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dilihat secara tiba-tiba bertindak meragut bakul berisi barang kemas dibeli mangsa dari premis berkenaan sebelum melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI