fbpx

Operator kilang mengaku tak salah miliki 128 gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Saiful Anuar Ab. Rani (memakai baju oren) diiringi anggota polis selepas menjelaskan ikat jamin yang dikenakan atas dakwaan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya di Mahkamah Sungai Petani pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya pada April 2021.

Tertuduh, Saiful Anuar Ab.Rani, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani selepas tuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung model Galaxy A20 di Bandar Puteri Jaya di sini pada 1 April 2021 lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Terdahulu Saiful Anuar tiba di pekarangan mahkamah sambil ditemani ibunya dan ketika tuduhan dibacakan dia dengan tegas menjawab mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nazrul Nizam Mohd. Zameri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 sementara menantikan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tertuduh menjelaskan ikat jamin yang dikenakan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI