fbpx

Bayern pecat dua eksekutif selepas menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN merangkul gelaran Bundesliga kali ke-11 berturut-turut selepas memiliki kelebihan perbezaan jaringan ke atas Dortmund. - AFP

MUNICH – Kejayaan Bayern Munich menjuarai saingan Bundesliga dibayangi tindakan drastik kelab itu yang memecat bekas penjaga gol, Oliver Kahn and Hasan Salihamidzic daripada dua jawatan eksekutif tertinggi.

Bayern menewaskan Köln 2-1 untuk memiliki kelebihan jaringan berbanding Borussia Dortmund yang sekadar seri dengan Mainz biarpun kedua-dua pasukan terikat dengan 71 mata.

Bagaimanapun, di sebalik keraian pasukan menjuarai liga, kelab itu mengumumkan pemecatan Kahn daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Salihamidzic daripada jawatan pengarah sukan berkuat kuasa serta merta.

“Selepas meraikan kejayaan pasukan, sekarang kami ada isu seterusnya,” kata pengendali pasukan, Thomas Tuchel merujuk kepada keputusan drastik dibuat kelab itu.

Terdahulu, Kingsley Coman membuka jaringan buat Bayern Munich, namun Dejan Ljubicic kembali menyamakan kedudukan sebelum Jamal Musiala meledak gol kemenangan di hujung perlawanan.

Sebelum ini, Kahn and Salihamidzic sudah pun berada dalam tekanan ekoran kemerosotan prestasi pasukan termasuk penyingkiran daripada saingan Liga Juara-Juara.

Salihamidzic turut bersama menyaksikan perlawanan kali ini, namun kelibat Kahn tidak kelihatan, tetapi mendakwa dirinya mempunyai alasan untuk tidak menyaksikan perlawanan berkenaan.

“Saya tidak dibenarkan oleh pihak kelab (berada di stadium),” kata Kahn menerusi akaun Twitter miliknya yang mendakwa ia dibuat atas arahan doktor.

Naib Pengerusi Bayern, Jan-Christian Dreesen akan mengambil alih tugas Kahn sebagai CEO, manakala kelab itu masih lagi mencari calon sesuai untuk mengisi jawatan ditinggalkan Salihamidzic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI