fbpx

AADK jenamakan produk SUKA keluaran Puspen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (tengah) melancarkan jenama SUKA di Puspen Bukit Chabang di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjenamakan semua keluaran produk dan perkhidmatan klien Pusat Penagihan Pemulihan Narkotik (Puspen) di bawah jenama ‘SUKA’.

Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon berkata, penjenamaan itu dilakukan bagi membantu klien memasarkan produk dan perkhidmatan yang disatukan bagi memudahkan pemasaran.

“Kita menggunakan jenama SUKA kerana ia terdiri akronim ‘Sokongan Untuk Kepulihan Anda’ sekaligus memberi sokongan moral kepada klien yang sedang menjalani atau selesai menjalani rawatan pemulihan.

“Penjenamaan produk SUKA ini adalah satu daripada sembilan komponen yang ada dalam Model i-Pulih AADK iaitu komponen Latihan Kemahiran dan Vokasional dengan mendedahkan klien dengan ilmu kemahiran berasaskan empat bidang iaitu pertanian, perkhidmatan, pembuatan dan penternakan,” katanya semasa sidang akhbar di PUSPEN Bukit Chabang, di sini, hari ini.

Tambah Sutekno, usaha ini adalah salah satu bentuk sokongan dan terapi pengekalan kepulihan sepanjang hayat bagi kira-kira 6,000 klien AADK di 30 buah Puspen seluruh negara.

Terdahulu, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan jenama SUKA di Puspen Bukit Chabang bersempena dengan Sambutan Hari Terbuka AADK 2023.

Menurut Sutekno, pihaknya turut menyasarkan jualan bernilai RM500,000 melibatkan semua produk dan perkhidmatan SUKA yang dikeluarkan di seluruh negara untuk tahun ini sebagai permulaan.

“Kita menyasarkan jualan sebanyak RM500,000 buat permulaan dan pada tahun hadapan mungkin mencecah RM1,000,000.

“Penjualan produk dan perkhidmatan klien kami dipasarkan secara fizikal dan juga dalam talian termasuk boleh melayari laman sesawang AADK dan pada masa depan kita juga turut merancang membangunkan aplikasi pemasaran online,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI