fbpx

10 individu ditahan terlibat sindiket judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin menunjukkan barangan yang dirampas dalam operasi membabitkan sindiket judi online pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan 10 individu terdiri dua lelaki dan lapan wanita tempatan di sebuah rumah kedai di pusat bandar ini selepas disyaki terlibat dengan sindiket judi dalam talian, Khamis lalu.

Kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu diberkas dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Pinang Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua tangkapan terbabit dipercayai terlibat dengan kegiatan judi dalam talian sejak 10 bulan lalu.

“Premis ini dipercayai dijadikan calling centre bagi sindiket ini mempromosi kegiatan judi dalam talian dan kesemua suspek dipercayai dibayar dengan jumlah tertentu untuk menjalankan promosi kegiatan ini.

“Polis percaya sindiket ini mensasarkan mangsa-mangsa dari luar negara untuk turut serta bermain judi dalam talian ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu ialah suspek telah dibekalkan nombor telefon daripada ejen yang lain di lokasi berlainan menerusi Google Drive.

“Kemudian, mereka akan menghubungi pelanggan dari luar negara untuk membuat penawaran judi dalam talian, sekiranya ada yang berminat suspek alan memberikan link kepada pelanggan bagi tujuan pendaftaran dan segala transaksi kewangan akan diuruskan oleh ejen lain,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kesemua tangkapan telah diberikan jaminan polis selepas rakaman percakapan diambil dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis turut merampas barangan antaranya 16 unit telefon bimbit, 10 unit pemprosesan pusat (CPU), 10 unit keyboard, skrip perbualan dan lain-lain,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI