fbpx

Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar aksi mesra antara Keith Foo dan Tiz Zaqyah.

SERIUS ke bercinta? Kalau betul baguslah. Itulah bermain dalam kepala Diva tentang Tiz Zaqyah dan Keith Foo apabila tular video aksi mesra mereka baru-baru ini.

Menerusi video yang tular dalam TikTok, dua pelakon itu mempamerkan kemesraan siap berpegangan tangan dan berpelukan di tepi pantai.

Lebih mencetuskan lagi tanda tanya apabila video berkenaan disunting mengikut trend terkini iaitu terlanggar jodoh yang kini popular dalam TikTok.

Rata-rata netizen nampaknya mahukan penjelasan sebenar mengenai status hubungan mereka.

“Bercinta ke? Serius? Wah! Tumpang gembira,” kata seorang netizen.

“Serasi bersama. Sukanya,” ujar seorang pengguna media sosial teruja.

Diva pun gembira juga jika betul mereka menjadi kekasih cuma risau semua ini hanyalah gimik untuk lariskan produk sahaja.

DIVA: Penyanyi Adira Suhaimi makin lama makin lucu. Terhibur tengok video-videonya dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI