fbpx

Serie A: Juventus sudah tidak ada pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS perlu meraih kemenangan dalam kedua-dua perlawanan terakhir untuk berpotensi mengakhiri musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik. – AFP

TURIN – Juventus tidak mempunyai pilihan lain kecuali menewaskan AC Milan pada aksi awal pagi esok di laman sendiri bagi memastikan harapan mereka untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik masih bersinar.

The Old Lady ketika ini sekadar menghuni kedudukan ketujuh Serie A daripada posisi kedua selepas pemotongan 10 mata dikenakan ekoran terlibat dalam proses perpindahan pemain yang mencurigakan.

Berbaki dua lagi perlawanan musim ini, skuad kendalian Massimiliano Allegri hanya meraih 59 mata dan ketinggalan lima mata di belakang Milan yang berada pada kedudukan terakhir slot ke saingan Liga Juara-Juara.

Allegri mengakui situasi terbaharu yang dihadapi kelab itu menyebabkan mereka dalam keadaan tidak menentu biarpun berjaya dalam rayuan sebelum ini yang turut dikenakan pemotongan mata.

“Apabila anda masuk ke padang, anda sentiasa mahukan kemenangan dan cuba memburu pasukan yang berada di kedudukan lebih baik. Namun, setiap kali kami cuba melakukannya, kami telah ‘ditarik’ untuk turun ke bawah.

“Ia tidak mudah bagi kami kerana kami telah tersingkir di Liga Europa dan menerima be­rita pemotongan mata 10 minit sebelum aksi menentang Empoli menyebabkan kami tewas dan mata kami dirampas selama tiga bulan sebelum dikembalikan semula,” jelas Allegri.

Allegri mungkin sedikit lega untuk membuat persiapan menentang Milan apabila kembali mendapatkan khidmat Juan Cuadrado dan Danilo yang digantung sebelum ini, namun Leonardo Bonucci, Mattia De Sciglio dan Paul Pogba masih diketepikan ekoran kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI