fbpx

‘Rider’ tak sempat hantar pesanan pelanggan, motosikal kena tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan mendakwa motosikalnya ‘ditarik’ ketika belum sempat menghantar pesanan kepada pelanggan.

Kisah itu dikongsikan oleh pelanggan berkenaan terkejut apabila menerima mesej daripada penghantar makanan terbabit kerana memintanya membatalkan pesanan yang telah dibuat menerusi satu aplikasi.

“Nanti gantung dekat pemegang pintu kayu ya,” pesan pelanggan itu.

“Abang, batalkan pesanan saya bang, motor saya kena tarik,” balas penghantar makanan tersebut.

Menerusi tangkap layar mesej perbualan antara pelanggan dan penghantar makanan terbabit menjadi tular di media sosial sejak semalam selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hanis Hadi.

Tangkap layar mesej perbualan antara pelanggan dan penghantar makanan terbabit.

Katanya, situasi tersebut sangat ‘rare’ untuk berlaku.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan agar urusan penghantar makanan berkenaan dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan adik ini,” kata Aidil Azlan.

“Pernah tengok depan mata masa dekat Nasi Kandar Hakim Seksyen 7, motor rider kena tarik masa rider tengah tunggu order,” kongsi Khairul Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI