fbpx

Mayat lelaki tanpa dokumen diri hanya memakai seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki terapung ditemui berhampiran perairan Taman Negara Pulau Kukup, Kukup Laut, Pontian, semalam.

PONTIAN – Satu mayat lelaki dewasa telah ditemui terapung berhampiran perairan Taman Negara Pulau Kukup, Kukup Laut, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd Hamid Abd Rahman berkata, mayat tersebut ditemui kira-kira pukul 5.30 petang oleh sebuah kapal dari Syarikat Empower.

Katanya, kapten kapal tersebut telah menghubungi ejen mereka di Batu Pahat sebelum membuat laporan polis mengenai penemuan mayat tersebut.

“Ciri-ciri fizikal mayat tersebut mempunyai ketinggian lebih kurang 165 cm, tiada berpakaian hanya memakai seluar dalam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Dipercayai mayat tersebut telah lama meninggal dunia berdasarkan kepada tubuhnya yang telah mereput dan terapung di permukaan laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Abd. Hamid, mayat tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Pontian bagi tujuan tujuan bedah siasat dan punca kematian.

“Sehingga kini pihak polis masih lagi gagal mengesan waris, majikan ataupun rakan-rakan lelaki yang tidak diketahui sebarang indentitinya,” ujarnya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja atau saudara mara boleh menghubungi Sarjan Sahibul Hamdi Derama di Balai Polis Permas di talian 018-2714199.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI