fbpx

Harga korban di Mekah naik RM90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEKAH – Tabung Haji (TH) menjangkakan menerima sehingga 10,000 penyertaan korban di Tanah Suci daripada jemaah haji dan orang ramai yang hanya dilakukan pada hari tasyriq ketika sambutan Aidiladha.

Pengarah Operasi Kewangan, Shamsul Bahar Shamsudin berkata, setakat ini pihaknya telah merekodkan sebanyak 6,500 penyertaan yang dibuat menerusi aplikasi Thijari dan kaunter TH bagi mereka yang berada di Malaysia.

Katanya, bayaran bagi seekor kibas ditetapkan pada kadar RM900 (733 riyal) berbanding RM810 (660 riyal) pada tahun lepas iaitu meningkat RM90 (73 riyal).

Penyertaan mula dibuka pertengahan Mei lalu sebelum ditutup pada 24 Jun depan.

“Korban dilakukan dengan kerjasama Islamic Development Bank Arab Saudi di mana mereka mengaturkan proses sembelihan di tanah haram dan agihan daging di 25 buah negara lain seperti Jordan, Palestin, Syria, Iraq, Bangladesh, Senegal dan Azerbaijan.

“TH akan mengadakan lawatan ke pusat penyembelihan di Mina lebih awal sebelum hari tasyriq dan bekalan haiwan diperoleh dari merata tempat untuk disembelih di sini. Bekalan dijamin mencukupi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Shamsul Bahar, jemaah haji juga boleh membayar dam sekiranya mereka melakukan haji tamatuk dan qiran menggunakan Thijari. Kadar dam ditetapkan pada tahun ini ialah RM725 (591 riyal) untuk seekor kibas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI