fbpx

6 diberkas bergaduh, pukul seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan yang tular di Twitter yang berlaku di kawasan Tampoi, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita, dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun.

Beliau berkata, pihak polis telah membuat tangkapan itu setelah mengesan satu video tular berdurasi 28 saat yang dimuat naik di platform media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.40 malam semalam (27 Mei) di kawasan Tampoi, di sini.

“Ekoran kejadian tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula bermula hari ini hingga Rabu ini dan sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI