fbpx

SAY Aspire pilih tiga usahawan untuk ke pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang program Say Asprise baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tiga syarikat dipilih untuk mengembangkan lagi produk dan khidmat mereka ke pasaran global menerusi kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

Ketiga-tiga syarikat tersebut dipilih selepas berjaya menyelesaikan pembentangan akhir atau ‘Picth Finale’ pada program Selangor Youth Community (SAY) Aspire dihadapan beberapa juri termasuk Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut SAY, sarikat tersebut adalah Global Haltech Sdn. Bhd. yang menduduki tempat pertama diikuti MGR Malaysia Sdn. Bhd. dan H&S Delight (M) Sdn Bhd.

Jelas SAY, kesemua pemenang membawa beberapa ganjaran berimpak tinggi iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan.

“Mereka juga diberi akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil.

“Ketiga pemenang ini adalah 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY Aspire Pitch Finale,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah SAY, program edisi kali keempat itu bermula Mac lalu telah dan memberi impak kepada 30 usahawan industri mikro, kecil dan sederhana (IMKS) di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global.

Jelasnya, antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18 hingga 40 tahun dan tidak diisytiharkan muflis dan disenarai hitam.

“Usahawan-usahawan di Selangor perlu melalui dua peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk pembentangan akhir,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI