fbpx

Raja Muda Kedah berangkat ziarah jenazah Allahyarham Awang Askandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar di Kompleks Kargo KLIA, Sepang pagi ini. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

SEPANG – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karin Sallehuddin berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Turut berangkat sama Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda tiba kira-kira pukul 9 pagi sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Askandar.

Difahamkan, kunjungan Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda hari ini sebagai mewakili Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sebelum ini, Allahyarham Awang Askandar pernah menghadap Sultan Sallehuddin sebelum memulakan misi menakluk Everest beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Allahyarham yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dan berkhidmat selama 15 tahun dalam agensi berkenaan disahkan maut 19 Mei lalu selepas berdepan masalah kesihatan ketika mahu misi menawan puncak Everest.

Beliau meninggalkan seorang balu Siti Hafizah Abdul Hamid, 31, bersama enam anak berusia antara dua hingga 12 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI