fbpx

PRN: Wanita UMNO Perak bekerjasama dengan jentera Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salbiah Mohamed (Dua dàri kiri)ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Parit Buntar hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

PARIT BUNTAR – Wanita UMNO Perak akan berganding bahu mengembeling tenaga bersama -sama dengan jentera -jentera dari parti Kerajaan Perpaduan untuk mengempur dan membantu tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Ketua Wanita UMNO Perak,Salbiah Mohamed berkata, Wanita UMNO Perak akan memberi fokus kepada tiga buah negeri yang berdekatan dengan negeri ini.

“Kita akan membantu sedaya upaya kita bagi memastikan setiap calon dari Kerajaan Perpaduan dapat memenangi kerusi yang ditandingi.

“Matlamat kita adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak sempena kempen kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE)Tahun 2023 di Dewan Merdeka Parit Buntar disini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, wanita UMNO masih belum mendapat keputusan muktamad mengenai hala tuju jentera tersebut pada PRN nanti.

“Semua jentera kita telah bersiap sedia pada bila -bila masa sahaja dan hanya menunggu arahan dari pucuk pimpinan negeri.

“Kita akan berganding bahu untuk bersama -sama dengan jentera -jentera parti -parti dalam kerajaan perpaduan untuk membantu calon -calon di negeri -negeri yang berdekatan bagi memenangi kerusi yang ditandingi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI