fbpx

Lelaki putus anggota badan diserang 40 buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWANAN buaya berjemur di sebuah ladang ternakan di Siem Reap semalam. – AFP

PHNOM PENH, Kemboja – Kira-kira 40 ekor buaya membaham seorang lelaki Kemboja selepas dia terjatuh ke dalam kandang ladang ternakan reptilia berkenaan milik keluarganya kelmarin, kata polis.

Luan Nam, 72, cuba mengalihkan seekor buaya keluar daripada tempat ia bertelur apabila binatang buas itu menyambar kayu yang digunakan untuk tujuan tersebut dan menarik mangsa ke dalam kandang.

Buaya-buaya lain lantas menyerang dan mengoyak-goyakkan tubuh mangsa, menyebabkan air kolam ladang ternakan di Siem Reap itu bertukar warna merah. 

“Ketika dia cuba mengusir seekor buaya di tempat bertelur, haiwan itu menggigit kayu yang digunakan dan menariknya ke dalam kandang,” kata ketua polis Siem Reap,  Mey Savry.

Menurutnya, satu tangan mangsa putus dan ditelan oleh buaya-buaya peliharaannya.

Luan Nam merupakan presiden persatuan penternak buaya tempatan tetapi keluarganya kini boleh menjual semua haiwan peliharaannya selepas mendesak mangsa selama bertahun-tahun supaya tidak lagi menternak buaya.

Seorang budak perempuan dibunuh dan dibaham buaya pada 2019 apabila dia berkeliaran dan masuk ke dalam ladang buaya milik keluarganya di kampung sama, kata Mey Savry.

Terdapat sebilangan ladang buaya di sekitar Siem Reap yang menjadi pintu masuk ke candi Angkor Wat.

Binatang buas itu dipelihara bagi mendapatkan telur, kulit dan dagingnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI