fbpx

Fazura kecewa insiden sekeluarga dihalau dari pesawat sebab anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI ibu, Fazura turut terkesan dengan insiden sebuah keluarga dihalau dari pesawat hanya disebabkan onar anak kecil.

PETALING JAYA – Pelakon Fazura meluahkan kekecewaan terhadap insiden membabitkan sebuah keluarga yang mendakwa dihalau keluar dari pesawat selepas anak mereka enggan duduk di kerusi ketika pelepasan.

Sebagai ibu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin mengakui sangat memahami melalu sendiri situasi sama ketika membawa anak sulungnya, Fatima menaiki kapal terbang.

Namun katanya, mereka bernasib baik mendapat layanan sempurna daripada anak kapal yang nyata cukup bertoleransi ketika berhadapan kerenah anak kecil.

“Saya sangat terkesan dan sakit hati dengan isu ini sebab saya pun pernah mengalami situasi tersebut bersama Fatima dulu.

“Namun, pihak anak kapal tetap memberikan tali pinggang kanak-kanak.

“Bukan setakat itu sahaja, mereka siap bagi coklat dan buku mewarna walaupun saya dan suami sudah menyediakannya,” luah Fazura dalam status Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut mempersoalkan keengganan kru kabin mempertimbangkan tangisan si kecil sehingga tergamak menghalau keluarga tersebut keluar dari pesawat.

“Betulkah bayi itu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama daripada pihak pesawat sehingga keluarga diminta keluar kapal?

“Sangat tidak masuk akal sebab kita semua sepatutnya mempunyai kasih sayang dan belas kasihan,” tambahnya yang memahami perasaan ibu bapa berdepan masalah bayi sering menangis.

Selain itu, dia turut beranggapan bahawa anak kecil berusia dua tahun tentu saja tidak selesa duduk sendirian.

“Kasihan kanak-kanak itu. Umur pun lebih kurang Fatima sahaja.

“Mungkin dia takut mahu duduk di tempat sendiri dalam kapal terbang atau rasa lebih selamat berada di atas ibunya.

“Saya faham apa yang ibu bapa dia rasa. Harap mereka bertabah,” jelasnya.

Baru-baru ini tular sebuah video seorang bapa melalui detik memalukan dihalau keluar ketika menaiki penerbangan sebuah syarikat tambang murah negara.

Ini disebabkan anak bongsunya yang baru berusia dua tahun tidak mahu duduk di kerusi pesawat ketika kapal terbang hampir berlepas.

Dikatakan kanak-kanak terbabit menangis hampir 20 minit ketika proses perlepasan mengakibatkan ketua kru kabin mengarahkan supayas anak kecil terbabit duduk di kerusi dengan nada keras.

Sebagai solusi, bapa kepada kanak-kanak berkenaan meminta tali pinggang keselamatan tambahan bagi membolehkan anak kecil itu diletakkan di pangkuannya tetapi pihak anak kapal enggan berbuat demikian atas alasan polisi syarikat perlu dipatuhi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI