fbpx

EPL: Haaland hanya puas dengan trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND dinobatkan pemain terbaik tahunan oleh FWA England selepas meledak 52 gol untuk saingan musim ini. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haa­land mencabar rakan-rakan sepasukan untuk menjulang gelaran trebel selepas mendapat pengiktirafan sebagai Pemain Terbaik Musim ini oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan (FWA) England awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Haaland telah dipilih sebagai pemain terbaik susulan kejayaan menjaringkan 52 gol dalam 51 perlawanan sepanjang musim buat The Citizens sekali gus memintas pencabar terdekat dari Arsenal, Bukayo Saka dan Martin Odegaard.

Kata Haaland, meskipun gela­ran Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah pun berakhir, masih ada dua trofi penting yang perlu dijulang sebelum kempen musim ini berakhir dengan fokus pada saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Saya harap pasukan tidak akan hilang fokus kerana masih ada dua perlawanan final yang perlu ditempuh. Sudah pasti kita akan berikan yang terbaik kerana inilah peluang untuk pasukan mencipta sejarah menjulang trebel.

“Harus diakui kami adalah pasukan pilihan pada aksi final Liga Juara-Juara apabila bertemu Inter Milan nanti kerana di atas kertas, kami memiliki pemain lebih berkualiti, manakala aksi Piala FA menentang Manchester United pula agak seimbang dan pastinya segit,” kata­nya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI