fbpx

Treler terbalik, pemandu maut tersepit bawah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang terbalik di Kilometer (KM) 448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, pagi tadi.

RAWANG – Seorang lelaki maut apabila treler dipandunya melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan tersepit di Kilometer (KM) 448.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.41 pagi sebelum menggerakkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah lori treler terbabas dan melanggar pembahagi jalan bahagian tengah lebuh raya lalu terbalik.

“Pemandu berusia 28 tahun tersepit di bahagian bawah treler. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI