fbpx

Sofyank jumpa beg hilang, satu Malaysia lega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada Twitter Sofyank, yang berkongsi berita gembira berkenaan penemuan beg miliknya.

PETALING JAYA – Pereka kandungan terkenal, Sofyank meluahkan rasa syukur baru-baru ini apabila begnya yang hilang berjaya ditemui semula dengan kuasa media sosial.

“Akhirnya, saya berjaya menghubunginya, saya amat berterima kasih kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina, atas kerjasama yang diberikan.

“Mereka hubungi saya dan berjaya mengesan keberadaan beg saya,” luah Sofyank di Twitter miliknya.

Terdahulu seorang penumpang telah terambil beg milik Sofyank yang mempunyai barang berharga seperti dompet, komputer riba, dan ‘hard disk’ ketika dalam perjalanan dari Malaysia ke Singapura.

“Dalam tu ada projek video saya yang belum ‘release’ dan tersangat penting,” katanya.

Dia juga dapat menjejak keberadaan begnya itu dengan bantuan alat ‘air tag’ yang ada di dalam dompet miliknya.

Sofyank juga turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi ulang ciapnya, sehingga individu yang terambil begnya itu boleh menghubunginya semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut gembira dengan berita baik yang diumumkan oleh Sofyank.

“Gila lah, tak sangka langsung akan dapat balik. Benda ni dah ‘span out’ tiga negara kot,” komen Daud Aiman.

“Alhamdulillah, tumpang gembira sekali ya. Betul lah, rakyat Malaysia ni bagus, laju buat kerja,” komen Faiq Razak.

Perkongsian tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan 557,000 tontonan, 4,361 ulang ciap dan 10,100 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI