fbpx

Lelaki curi telefon, tabung derma kedai makan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular lelaki dipercayai mencuri telefon bimbit dan tabung derma di sebuah kedai makan di pekan Sekinchan.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diburu selepas tular dipercayai mencuri telefon bimbit dan tabung derma di sebuah kedai makan di pekan Sekinchan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang menyedari premis itu dipecah masuk, kira-kira pukul 6.50 pagi.

Katanya, hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kedai itu dimasuki suspek lelaki yang tidak dikenali.

“Mangsa yang turut memeriksa keseluruhan premis turut mendapati sebuah telefon bimbit jenis Vivo hilang.

“Selain itu, tabung sumbangan orang ramai dengan jumlah wang yang dipastikan juga dilarikan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Agus Salim, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial memaparkan gambar seorang lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras dan segak bergaya.

Suspek turut diminta memulangkan semula telefon yang dicuri kerana mempunyai banyak maklumat penting selain wang tabung sumbangan bagi rakyat Palestin berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI