fbpx

Focus Point tumpu pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Focus Point mencatat jualan memberangsangkan daripada kesan pembukaan sempadan dan sambutan baik daripada pembeli negara jiran.

PETALING JAYA – Focus Point Holdings Bhd. (Focus Point) tidak memiliki sebarang perancangan untuk mengembangkan perniagaan optiknya di pasaran luar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang, sebaliknya lebih selesa untuk memfokuskan kepada pasaran tempatan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk C. L. Liaw berkata, masih terdapat ruang pertumbuhan yang luas bagi industri cermin mata di Malaysia, sebahagian daripadanya merupakan impak daripada pandemik Covid-19.

“Kondisi rabun dilihat sema­kin bertambah dalam kalangan rakyat di negara ini selepas pandemik, yang dikaitkan dengan penggunaan skrin lebih banyak bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah serta bekerja dari jarak jauh.

“Selain itu, populasi Malaysia juga semakin menua yang menggalakkan penggunaan cermin mata. Kami memiliki pelanggan daripada semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah warga emas,” katanya kepada pembe­rita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Focus Point semalam.

Focus Point mencapai prestasi kewangan terbaiknya pada 2022 apabila merekodkan keuntungan selepas cukai RM35.6 juta, manakala perolehan berjumlah RM248.8 juta.

Selain penjagaan optik bersepadu, ia telah mempelbagaikan perniagaannya dengan menceburi segmen makanan dan minuman menerusi pembukaan kedai roti jenama Komugi pada 2012 sebelum mula membekalkan produk pastri kepada pelanggan korporat, disokong dapur pusatnya yang memiliki pensijilan halal di Kota Damansara.

Menurut Liaw, penutupan sempadan yang memaksa golongan T20 berbelanja dalam negeri, selain kebenaran pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara faktor yang melonjakkan jualan Kumpulan tahun lalu.

Pada masa sama, beliau berpandangan pembukaan sempadan antarabangsa antara faktor yang bakal menggalakkan pertumbuhan industri tahun ini.

“Kami melihat cawangan di kawasan tumpuan pelancong se­perti di Genting Highlands, Kuala Lumpur dan Melaka merekodkan prestasi baik. Di Johor Bahru sahaja, kami memiliki lebih 20 buah cawangan antaranya bagi memenuhi permintaan daripada warga Singapura.

“Jualan cermin mata di sini tidak dikenakan duti dan harganya lebih murah berbanding pasaran luar. Kebanyakan pelancong membeli kaca mata hitam,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI