fbpx

Tiada kes kelesuan, strok haba libatkan Orang Asli di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) tidak menerima sebarang kes kelesuan haba dan strok haba melibatkan masyarakat Orang Asli berikutan cuaca panas melampau ketika ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, setakat ini, Kelantan merekodkan sebanyak enam kes berkaitan masalah kesihatan yang berpunca daripada cuaca panas di kawasan bandar.

Katanya, jumlah itu juga melibatkan satu kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang disahkan akibat terkena strok haba di Bachok baru-baru ini.

“Kebanyakan laporan yang diterima melibatkan mereka yang berada di kawasan bandar. Jadi, kita dapati cuaca panas ketika ini kurang memberi kesan kepada Orang Asli di kawasan pedalaman.

“Sekiranya ada tanda-tanda kelesuan atau strok haba, mereka mesti mengehadkan aktiviti dan boleh mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke Pos Balar di Tapak Pasar Lambak, Bandar Baru di sini hari ini.

Konvoi itu melibatkan seramai 100 peserta daripada 17 agensi di negeri ini yang akan berkampung selama tiga hari untuk mengadakan aktiviti kesihatan di kawasan perkampungan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, penduduk harus memahami konsep dalam menghadapi cuaca panas agar tidak terdedah semasa berada di luar rumah.

Katanya, masyarakat diminta tidak terdedah kepada aktiviti lasak yang berterusan ketika cuaca panas membahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI