fbpx

Sistem radar bergerak MSU kesan jenayah di laluan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM kini dilengkapi kenderaan pacuan empat roda dengan sistem radar untuk melakukan pengawasan termasuk di pantai dan laluan tikus.

LANGKAWI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipasang sistem radar iaitu Unit Pengawasan Bergerak (MSU) bernilai RM4 juta pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, MSU merupakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (Swasla) sedia ada kendalian Maritim Malaysia (APMM).

“Selain memberikan liputan sensor yang maksimum, MSU juga dapat meluaskan liputan maritim dengan memaparkan kawasan yang dicerap dengan lebih tepat dan secara ‘real time’.

“Ia seperti ‘surface picture’ yang memudahkan penguat kuasa melaksanakan rondaan serta operasi mencari dan menyelamat dengan lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan MSU oleh Ketua Pengawai Eksekutif, AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Datuk Seri Mustaffa Abd. Rahman kepada Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi.

Kata Saifuddin, MSU juga dapat mengesan aktiviti mencurigakan di laluan tikus yang tidak mampu dicapai oleh Swasla sebelum ini.

“Ia telah disuai padankan pada kenderaan pacuan empat roda agar dapat digunakan di semua bentuk muka bumi dan keadaan cuaca,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, ia juga mampu bertindak mengesan sebarang objek atau imej dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Menerusi MSU, APMM berharap ia dapat mempercepatkan pengesanan mangsa yang berada di laut sekali gus dapat mengurangkan peratus kehilangan nyawa,” jelasnya.

Untuk rekod, MSU adalah projek pembangunan syarikat tempatan hasil kerjasama APMM dan mengambil masa pembinaan selama 12 bulan.

Ia diharapkan dapat membantu APMM untuk mengurangkan kebergantungan kepada aset udara dan laut dalam mencegah jenayah seperti perdagangan haram, penyeludupan dadah, perikanan haram dan pencemaran maritim.

Sebagai permulaan MSU pertama ini akan diguna pakai APMM sebelum pihak kerajaan mempertimbangkan untuk unit-unit berikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI