fbpx

LBS catat prestasi cemerlang Q1FYE2023, jana untung bersih RM36.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Hock San

PETALING JAYA- Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) merekodkan hasil keuntungan 7.6 peratus dari tahun ke tahun di mana mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 36.37 juta pada Q1FYE2023.

Jumlah dicatatkan menerusi keputusan suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 itu direkodkan berdasarkan hasil daripada pendapatan RM384.86 juta.

Dalam konteks ini, segmen pembangunan hartanah kekal sebagai penyumbang terbesar kepada keuntungan LBS dengan menyumbang lebih 96 peratus daripada jumlah pendapatan RM370.44 juta.

Pendapatan segmen itu sebahagian besarnya didorong oleh kadar pengambilan positif daripada projek utama LBS di KITA @ Cybersouth, Bukit Jalil dan LBS Alam Perdana.

Sehingga 24 Mei 2023, LBS telah memperoleh jumlah jualan hartanah sebanyak RM526 juta daripada hartanah rumah mampu milik dengan tempahan sebanyak RM589 juta.

Pada masa sama, LBS juga mempunyai 22 projek pembangunan sedang berjalan dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM6.5 bilion.

Pada 30 April 2023, LBS mempunyai jualan tanpa bil sebanyak RM2.39 bilion yang dijangka memberikan pendapatan kukuh untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, pihaknya berusaha meningkatkan keuntungan bersih kami dengan positif di mana LBS merekodkan margin keuntungan bersih yang luar biasa kepada 9.5 peratus berbanding 8.3 peratus bagi suku pertama 2022.

“Ini berikutan pelan strategik dan kawalan kos disiplin bagi mengoptimumkan margin kami. LBS turut merekodkan jualan hartanah sebanyak RM526 juta setakat ini.

“Untuk itu, LBS akan terus melancarkan kempen pemasaran kreatif bagi menarik lebih ramai pembeli, seperti kempen terbaru kami iaitu Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Kempen itu menawarkan tawaran menarik kepada pembeli rumah sekali gus berpeluang memenangi ‘duit raya’ bernilai lebih RM438,000 dengan enam ganjaran bonus menarik.

“Di samping itu, kami turut merancang melancarkan projek lain untuk tahun 2023 dan dijangka meningkatkan jualan hartanah LBS bagi baki tahun ini.

“Dengan strategi yang memberi penekanan kepada kehendak pembeli rumah, kami optimis bahawa kami dapat memenuhi sasaran jualan,” jelasnya.

Katanya, meskipun Bank Negara Malaysia telah meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus, namun pihaknya percaya produk mereka berada dalam lingkungan perumahan mampu milik selain terletak di kawasan strategik.

“LBS juga dibantu oleh inisiatif ekonomi yang positif seperti keputusan kerajaan baru-baru ini untuk memberi subsidi harga simen bagi pembinaan rumah mampu milik berharga di bawah RM300,000.

“Justeru, LBS terus beriltizam untuk mengulangi kejayaan pada 2022 dengan komitmen memberikan lebih baik kepada pembeli rumah, komuniti dan pihak berkepentingan.

“Kami optimis bahawa tahun 2023 akan menjadi tahun yang positif kepada LBS,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN