fbpx

Peguam Sararat didakwa sembunyi, rosakkan bukti kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Sararat, Thannicha ‘Patch’ Ek-suwannawat. - Facebook

BANGKOK – Seorang peguam mewakili wanita Thailand yang dituduh membunuh sejumlah rakannya dengan menggunakan racun sianida didakwa telah menyembunyikan dan merosakkan bukti penting, lapor laman berita Thaiger.

Thannicha Ek-suwannawat dipanggil untuk soal siasat, namun dia enggan bekerjasama dan sebaliknya membuat aduan terhadap polis.

Anak guam Tannicha, Sararat Rangsiwuthaporn masih tidak mengaku bersalah walaupun terdapat bukti kukuh yang membawa kepada pendakwaannya.

Menurut polis, Sararat yang merupakan seorang kaki judi, membunuh rakan dan kenalannya untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang dan memenuhi ketagihan untuk berjudi.

Siasatan mendapati peguam Sararat, Thannicha cuba membantu suspek mengelakkan tindakan undang-undang. 

Thannicha dituduh melanggar Seksyen 184 Undang-undang Jenayah berkaitan dengan penyembunyian atau pemusnahan bukti kes bagi membantu orang lain mengelak atau mengurangkan hukuman.

Menurut polis, Thannicha memudahkan pemindahan barang milik mangsa terakhir Sararat, Siripon Khanwong melalui kakak ipar suspek kepada rakan karib suspek yang tinggal di wilayah Petchaburi.

Thannicha mendakwa dia akan menyelesaikan pertuduhan terhadap dirinya di balai polis pada 22 Mei lalu tetapi gagal untuk hadir. Kelmarin, polis menyerahkan satu lagi arahan meminta peguam itu hadir di balai pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) 30 Mei ini.

Jika Thannicha gagal hadir untuk disoal siasat pada 30 Mei ini, polis akan mengeluarkan satu lagi surat. Sekiranya dia enggan berjumpa dengan polis untuk kali ketiga, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI