fbpx

Lelaki hina institusi diraja, provokasi kaum direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan direman selama tiga hari bermula hari ini setelah bertindak menghina institusi diraja Malaysia dan bersifat provokasi perkauman menerusi akaun Twitter @haziqmahmur9.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Tangkapan ke atas suspek dilakukan hari ini di Seremban, Negeri Sembilan seterusnya merampas satu telefon bimbit bersama dua kad sim.

“Kes dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dibuat dan tempoh tahanan reman dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI