fbpx

Kanak-kanak maut digilis ketika sedang bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR QAYRA meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut digilis sebuah lori ketika sedang bermain dengan saudaranya di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang itu, mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang bermain bersama saudaranya di kawasan berhampiran.

“Dalam waktu yang sama, sebuah lori jenis Daihatsu Delta dipandu lelaki berusia 37 tahun ingin keluar simpang dan telah memastikan keadaan selamat.

“Mangsa bagaimanapun didakwa secara tiba-tiba telah keluar dari celah pokok dan berlari ke arah lori tersebut yang sedang bergerak untuk keluar simpang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak menyedari akan kehadiran mangsa lalu merempuh dan menggilisnya.

“Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian dan pemandu lori terbabit telah dibawa ke bahagian kecemasan untuk diambil sampel darah bagi tujuan mengesan kandungan alkohol dan dadah.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI