fbpx

Fahmi ucap tahniah filem ‘Tiger Stripes’ menang anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah oleh Menteri Komunikasi dan Digital diatas kejayaan filem 'Tiger Stripes'.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada filem ‘Tiger Stripes’ kerana merangkul anugerah pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

Menurut beliau, ‘Tiger Stripes’ filem arahan anak Malaysia yang pertama merangkul anugerah utama pada festival berkenaan.

“Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Filem ‘Tiger Stripes’ karya Amanda Nell Eu mencipta sejarah menjadi filem tempatan pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

Ia merupakan acara sampingan sempena anugerah berprestij dunia, Festival Filem Cannes dan Amanda membawa pulang wang tunai €10,000 (RM49,622)

Filem ‘Tiger Stripes’ mengisarkan tentang gadis Zaffan yang dipulaukan oleh masyarakat kerana dianggap pelik bangkit menjadi seorang wanita yang kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI