fbpx

Boleh bahas Kalimah Allah, tapi dalam majlis tertutup – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri majlis tersebut di Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Perdebatan isu kalimah Allah tidak wajar dilakukan secara terbuka sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah tersebut yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Malah katanya, isu berkenaan juga telah dirujuk kepada mufti-mufti serta Raja-Raja Melayu dengan kita mengambil ketetapan supaya aman dan tidak berpecah belah dalam soal tersebut.

“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain. Maka agama lain tidak diizinkan.

“Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan.

“(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turatih Islami Selangor, hari ini.

Muzakarah dihadiri Mantan Mufti Agung Mesir, Profesor Dr. Ali Jum’ah serta Pengasas dan Pengetua Darul Musthafa, Yaman, Habib Umar Hafidz.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu yang seterusnya mendapat pelbagai tentangan pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI