fbpx

Satu hapah tak menang anugerah, Balqis perli Qistina Raisah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Balqis menyindir seorang pelakon remaja dipercayai Qistina dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis meluahkan rasa amarah terhadap individu tidak bernama yang dipercayai seorang pelakon muda.

Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi berkata, pelakon itu sering membanding-bandingkan kecantikan dirinya dengan orang lain.

“Kau baru berusia 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku tapi cringe (janggal) kau mengalahkan orang tua.

“Habis semua orang kau nak perli dalam video kau, dengan aku yang tak bersalah pun kau nak perli. Nak bandingkan dengan kecantikan kau.

“Video tayang punggung hari-hari tapi berlakon satu hapah anugerah pun tiada (tidak pernah menang anugerah). Tolonglah jangan bagi aku satu set (berlakon) dengan dia,” coretnya menerusi InstaStory.

TANGKAP layar kenyataan berbaur sinis yang dimuatnaik Puteri Balqis ditujukan buat seorang pelakon muda. – INSTASTORY.

Tulis Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu lagi, dia tak sanggup melihat pelakon tersebut kerap menayang teman lelakinya.

“Tak sanggup tengok dia flip hair (libas rambut) 20 kali seminit.

“Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah itu. Jangan babitkan aku sebab ubat depresi juga hampir habis,” katanya.

Difahamkan, kenyataan sinikal yang dikongsikan Balqis itu ditujukan buat pelakon muda bernama Nur Qistina Raisah.

Bagaimanapun, ibu Balqis ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memaklumkan, anaknya itu barangkali tersilap langkah meluahkan perasaan.

“Ada kemungkinan anak saya tujukan ayat punggung itu kepada Kim Kardashian cuma dia tersalah tulis umur.

“Artis Hollywood, bukan artis Malaysia. Kami dengan ini memberi laluan kepada makcik dan pakcik Facebook untuk menyambung kerja mengecam kami,” katanya.

Terdahulu, Balqis yang mesra disapa sebagai Aqish mendedahkan sudah mempunyai kekasih kacukan bernama Bryan Herbet yang empat tahun lebih tua daripadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI