fbpx

Operator kilang maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Nur Aliffi maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

JASIN – Seorang operator kilang maut selepas tercampak dan digilis sebuah lori dalam nahas di Kilometer 183 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebelum kejadian terdapat sebuah lori jenis Hino dari arah sama telah berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, setiba di lokasi, mangsa yang ketika itu menunggang di lorong kiri bagaimanapun tidak menyedari lori tersebut lalu melanggar kenderaan berat terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR telah tercampak di tengah jalan di lorong kiri.

“Pada masa sama, datang pula sebuah lori lain jenis Daihatsu Delta yang tidak sempat membrek lalu menggilis mangsa sejauh lima meter,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sin, hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI