fbpx

Isteri rempuh suami, ‘penyondol’ di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV memaparkan situasi Kennedy merempuh pasangan itu di Brisbane pada Mac 2021. - 9 News / Facebook

CANBERRA – Satu rakaman video yang memaparkan detik seorang wanita merempuh suaminya bersama kekasih gelap didedahkan buat kali pertama dalam kejadian yang berlaku di Brisbane, Australia, lapor akhbar New York Post semalam.

Christie Lee Kennedy, 38, terlepas daripada hukuman penjara selepas kereta yang dipandu wanita itu merempuh suaminya, David Larkin dan kekasih mangsa, Zowie Noring.

Mahkamah mendapati Kennedy melihat pasangan itu berkucupan di pinggir bandar Brisbane, Wavell Heights pada Mac 2021.

Wanita itu menjejaki suaminya menggunakan aplikasi Find My Phone yang dipasang pada telefon mangsa selepas lelaki itu memberitahu dia ingin menjumput anak-anak mereka dari pusat jagaan.

Menurut mahkamah, Kennedy memecut ke arah pasangan itu sebelum menekan pedal brek setelah melihat mereka berpelukan.

Dia kemudian merempuh kedua-dua mereka yang menyebabkan pasangan berkenaan terpelanting ke tepi jalan.

Wanita itu kemudian keluar dari kereta dan menumbuk muka Noring lalu memanggilnya dengan gelaran ‘gemuk’ dan ‘pelacur’. 

Pada bulan lepas, Kennedy mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Brisbane kerana memandu sebuah kenderaan bermotor secara berbahaya.

Dia diperintahkan membayar pampasan AUD$5,000 (RM22,919) kepada setiap mangsa dalam masa dua minggu atau berdepan hukuman penjara selama sebulan.

Mahkamah mendapati pasangan itu terjejas secara fizikal dan emosi selepas serangan itu. Kennedy pula hilang kelayakan memandu selama lima bulan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI