fbpx

Aset KWSP cecah RM1 trilion, agensi paling kaya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aset Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM1 trilion iaitu merupakan agensi paling kaya di negara ini.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia meliputi dua bidang pelaburan termasuk pelaburan hartanah.

Jelasnya, bagi pelaburan hartanah ia membabitkan aset-aset di dalam negara dan juga luar negara.

“Bagi pelaburan dalam negara, ia mencecah RM11 bilion meliputi bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri-negeri.

“Di luar negara pula, pelaburan hartanah KWSP berjumlah RM30 bilion iaitu separuh daripadanya berada di United Kingdom termasuk hartanah tersebar projek Bettersea yang telah siap dan ikonik di negara berkenaan.

“Setakat ini kita cukup menjaga pelaburan-pelaburan ini termasuk pelaburan yang berisiko tinggi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang mahu kerajaan menyatakan peratus di pasaran domestik Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI