fbpx

[VIDEO] Rempuh kereta keluar simpang, polis cari penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kemalangan di persimpangan di Batu 6, di Jalan Gombak Lama, Gombak, kelmarin.

GOMBAK – Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kereta dipandu warga emas di sebuah persimpangan di Batu 6, di Jalan Gombak Lama, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian pukul 2 petang itu berlaku semasa kereta dipandu lelaki berusia 87 tahun berkenaan keluar dari simpang menghala ke Gombak, dari Kampung Kerdas.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan hendak keluar dari simpang sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal yang datang dari arah kanan.

“Kereta berkenaan kemudian terbabas ke kiri jalan akibat rempuhan itu, manakala penunggang motosikal terbabit tercampak ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal berkenaan masih gagal dikesan.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) LN166/5943(1) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan diminta tampil ke balai berdekatan.

“Saksi kejadian juga boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azamil di 0196004104 atau 0361262222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular klip video berdurasi 50 saat dimuat naik di Facebook yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis terletak di tepi jalan, semalam.

Video itu memaparkan kereta berwarna biru dipandu warga emas terbabit keluar dari simpang sebelum dirempuh sebuah motosikal menyebabkan penunggangnya terpelanting ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI