fbpx

Tidak perlu kecil hati, terus perkasakan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Spice Arena hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) diingatkan teruskan memperkasakan parti-parti komponen sekali gus menjalinkan kerjasama erat dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti-parti komponen BN seharusnya menyantuni keberadaan 19 parti daripada kolaborasi itu dan tidak sesekali berkecil hati dalam memperkukuhkan kebersamaannya.

“Kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa BN terus diperkasakan, bukan sahaja MCA tapi MIC dan juga PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) adalah komponen teras.

“Saya tidak mahu mana-mana parti (di dalam BN) berkecil hati apabila kita bekerjasama secara ‘smart partnership’ ini.

“Tetapi perkukuhkan parti masing-masing untuk memperoleh dokongan daripada ahli-ahli sendiri dan pengundi yang bukan ahli mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Spice Arena, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mengingatkan beliau supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu dan bukannya mengutamakan Pakatan Harapan terutama DAP.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta agar semua parti komponen memperkuatkan parti masing-masing demi memperoleh dokongan daripada ahlinya terutamanya serta pengundi bukan ahli.

Jelasnya, pengukuhan parti-parti komponen BN itu juga bagi memberikan tanggapan yang positif kepada parti masing-masing, bukan kesan disebabkan perkara-perkara lampau berlaku terhadap parti berkenaan sebelum ini.

“Jadi, memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luas lebih penting daripada melayani kekecilan hati mana-mana parti politik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI