fbpx

Lelaki miliki hidung terbesar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mehmet Ozyurek (kanan) yang memiliki hidung terpanjang di dunia meninggal dunia pada minggu lalu di Artvin, Turkiye. - Foto Getty Images

ANKARA, Turkiye –  Seorang lelaki yang mempunyai hidung terbesar di dunia dari Turkiye telah meninggal dunia, lapor portal berita Daily Star semalam.

Mehmet Ozyurek juga dianugerah gelaran manusia yang memiliki hidung terpanjang di dunia sebanyak tiga kali ketika masih hidup.  Dia meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Mehmet sepatutnya menjalani pembedahan, namun mengalami serangan jantung dan meninggal dunia  minggu lalu.

Menurut Guinness World Records, berdasarkan ukuran hidung di kampung halamannya di Artvin, Turkiye pada 31 Januari 2001, panjang hidung Mehmet ialah 8.8 sentimeter.

Jenazah lelaki itu dikebumikan di kampung halamannya di Artvin,  manakala portal berita Mynet melaporkan anaknya Barış sebagai berkata: “Saya berterima kasih kepada penduduk Artvin dan peminat arwah.

“Ayah saya sangat baik hati, Dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa. Ayah saya bukan sahaja tenang dengan hidungnya, dia juga tenang dalam kehidupannya.”

Mehmet sentiasa berbangga dengan hidungnya dan kebolehan deria baunya yang luar biasa, kata anaknya. 

Dia pernah memberitahu Guinness World Records pada 2021: “Deria bau saya berbeza daripada orang lain. Saya berkata ada bau di sini (tetapi) orang lain kata kami tidak menghidu bau itu. Saya katakan, anda mungkin tidak menghidunya tetapi saya boleh.

“Contohnya, apabila saya masuk ke rumah saya. Saya dapat mengetahui dengan cepat apa hidangan yang dimasak,” tambahnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN