fbpx

‘Itu bukan video usung jenazah Awang Askandar’ – Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial dikatakan membawa jenazah Awang Askandar oleh malim gunung.

PUTRAJAYA – Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) menggesa orang awam supaya menghentikan penyebaran video yang didakwa memaparkan proses membawa turun jenazah pendaki, Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak ketika dihubungi mengesahkan video yang tular di media sosial hari ini bukanlah proses membawa turun jenazah arwah.

Beliau berkata, proses membawa turun jenazah Awang Askandar baru bermula pagi tadi dan baharu dijangka tiba di kem dua pada malam ini sedangkan video tular itu mula tersebar sejak semalam.

“Kami tidak pernah berkongsi sebarang gambar jenazah kepada sesiapa ketika ini kerana tiada liputan internet di kem empat sehingga kem dua selain hanya berhubung dengan Everest Base Camp (EBC) menerusi walkie talkie.

“Semua pihak perlu menghormati sensitiviti ahli keluarga Allahyarham yang masih dalam kesedihan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan ketika inil, Azim bersama seorang pendaki ME 2023, Tiong Ling Yang, 30, dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berada di EBC bagi menunggu ketibaan jenazah untuk di bawa ke hospital di Kathmandu bagi proses selanjutnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI