fbpx

Empat penyokong bola Perak mengaku bersalah merusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga penyokong bola sepak masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Tiga penyokong bola sepak masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu.

Tertuduh, Muhammad Aiman Firdaus Badrul Hisam, 21; Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 26, dan Muhammad Hayyan Sufi Mohd. Sabri, 20, juga berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan merusuh di Stadium Perak di Jalan Kompleks Sukan Ipoh pada pukul 9.17 malam, 20 Mei 2023.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di mahkamah sama, seorang lagi tertuduh iaitu remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun lapan bulan turut mengaku bersalah bagi pertuduhan sama.

Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bercagar dalam kalangan ibu bapa atau penjaga.

Beliau turut menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI