fbpx

Caprice tegur, kanak-kanak menari ‘twerk’ tidak sesuai dengan umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar murid sekolah rendah, menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memberi teguran berkenaan tarian yang dipersembahkan dipercayai oleh murid sekolah rendah yang tidak bersesuaian dengan umur.

Menurutnya, tarian yang dipersembahkan itu terlampau ‘ekstrem’ bagi kanak-kanak perempuan yang bertudung dan berpakaian sopan.

“Kita pun ada anak perempuan yang minat menari, tapi ‘step’ dia tidaklah terlampau ‘advanced’.

“Tidak tahu dari mana mereka belajar tarian begitu, dari media sosial, Youtube, kawan-kawan ataupun ‘environment, saya tidak tahu,” katanya.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu sedang melakukan persembahan tarian dengan melakukan ‘twerk’ di atas pentas.

Menurut Caprice, ‘Kids Should be kids’. Tidak sepatutnya mereka terdedah dengan tarian-tarian sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai melemparkan pendapat yang sama seperti Caprice.

“Zaman sekarang yang buat salah, tak rasa salah. Yang menegur pulak nanti kena hentam, sekarang hanya mampu selamatkan keluarga sendiri,” komen Iwa

“Anak saya sekolah tahfiz pun lagu-lagu macam ni. Geram je dengan sekolah sekarang,” komen Lulu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI