fbpx

SPA terima 1.28 juta permohonan, lebih 20,000 jawatan diisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal Rahim ketika sidang akhbar selepas Majlis SPA bersama media di Kompleks F, Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sejumlah 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap ke jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana pada tahun lepas.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, daripada jumlah permohonan itu, seramai 20,762 pemohon dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan mengikut kelayakan masing-masing.

Katanya, semua pemohon terlibat diterima masuk melalui sistem permohonan dalam talian iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9).

“Proses memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam ini telah dijalankan sepenuhnya secara digital (dalam talian) sejak 2017.

“Bila digital, tiada istilah ‘guna kabel’ sebab sistem yang dibangunkan ini sudah tentu tidak akan menipu,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.

Sebelum ini, SPA menyifatkan peralihan sepenuhnya ke sistem permohonan secara digital merupakan kaedah terbaik bagi menepis persepsi penggunaan ‘kabel’ dalam perkhidmatan awam seperti didakwa sesetengah pihak.

Sejak 2017, permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam adalah menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) sebelum digantikan sepenuhnya dengan SPA9 pada September 2020.

Mengulas lanjut, katanya, bagi lantikan kontrak pula, sebanyak 27,163 pemohon dilantik ke pelbagai jawatan berstatus kontrak antaranya Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI