fbpx

Penuntut cuba terjun akibat tekanan prestasi pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tekanan akibat gagal mencapai sasaran dalam pengajian dipercayai punca seorang penuntut lelaki cuba terjun dari bangunan sebuah universiti di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu melibatkan lelaki tempatan berusia 20 tahun yang mencetuskan gempar di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita mendakwa berlaku kejadian cubaan terjun di bangunan itu.

Katanya, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang juga pelajar dipercayai mengalami tekanan kerana gagal mencapai sasaran ditetapkan bagi pencapaian dirinya dalam pengajian.

“Mangsa dikatakan mengalami masalah psikiatri sejak tiga tahun lalu dan masih menerima rawatan di Subang Jaya sehingga kini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI