fbpx

Kami dalam proses belajar – Teong Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM

IPOH – Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim menyifatkan barisan pemainnya masih lagi dalam proses pembelajaran selepas tewas 0-4 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Perak kelmarin.

Walaupun skuad Seladang dilihat berjaya memberikan saingan di separuh masa pertama tetapi kecemerlangan itu gagal diteruskan dalam babak kedua sekali gus merekodkan kekalahan Liga Super yang keenam musim ini.

“Kami tumpas kepada lawan yang lebih baik. Apa yang boleh saya katakan apabila kami kalah dengan empat gol. Selangor bukan calang-calang pasukan dan mereka mempunyai pemain import berkualiti. 

“Gol -gol yang dijaringkan juga berkualiti. Saya akur dengan kelebihan lawan kerana kami pasukan muda. Pemain saya sedang dalam proses belajar,” kata Teong Kim selepas tamat perlawanan kelmarin.

Menurutnya, ada beberapa pemain Perak yang langsung tiada pengalaman beraksi dalam kancah liga super tetapi memuji sikap melawan ditunjukkan anak-anak buahnya sehingga ke wisel penamat.

“Ini kali pertama kebanyakkan mereka bermain dalam pertandingan kompetitif dan tinggi.

“Kami memang kekurangan daripada segi keupayaan tetapi yang pasti pemain saya akan berjuang hingga ke akhir perlawanan. Ini faktor positif dalam skuad The Bos Gaurus.

“Mereka memerlukan masa sebelum dapat menjadi pemain berwibawa dan berkebolehan,” jelasnya.

Sebagai rekod, Selangor meraih empat gol menerusi dua jaringan Ayron Del Valle selain masing-masing satu daripada Faisal Abdul Halim dan Mukhairi Ajmal Mahadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI